SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Wednesday, 7 November 2012

SMKA TAAYAH KEMASUKAN 2013

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU  '2013'
taayah/tatacara kemasukan
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1
Saturday, 22 September 2012 10:28

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Raja Perempuan Taayah?

Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke Taayah, anda perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak selepas keputusan UPSR diumumkan.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon?
Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa.
Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR, dan
Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa).

3. Adakah kemasukan ke Taayah memerlukan Ujian Khas?

Selepas keputusan UPSR diumumkan dan menghantar borang permohonan, calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas iaitu Ujian Hafazan Quran. Beberapa potongan ayat Quran akan diberi kepada calon dan diminta menghafaz dalam tempoh tertentu. Ujian Hafazan Quran tersebut akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

4. Bila borang permohonan akan keluar?

Borang permohonan akan keluar selepas keputusan UPSR diumumkan.


5. Di mana borang permohonan boleh diambil?

Borang permohonan boleh diambil di JAIPk atau di mana-mana Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN); Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Dr. Nazrin Shah.


6. Borang secara manual atau online?

Borang dalam bentuk bentuk manual dan perlu dihantar ke JAIPk.



*Permohonan ditutup selepas 2 minggu keputusan UPSR diumumkan.
*Terima kasih kepada semua yang berminat untuk memasuki ke sekolah ini. walaubagaimanapun kesemua kemasukan adalah diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Borang boleh didapati di sana.
                                               
  Last Updated on Friday, 28 September 2012 01:11



1 comment:

  1. Assalamualaikum....
    Bolehkah anak saya mendaftar pada waktu/bulan sekarang ini ? Anak saya di tingkatan 1. Saya mohon agar dapat diluluskan. Tk.

    ReplyDelete