SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Wednesday, 11 July 2012

DEMO DI STADIUM IPOH PERAK

Pengusaha bas sekolah di Ipoh desak SPAD ambil tindakan terhadap pengusaha haram 4 Julai 2012 IPOH - Persatuan pengusaha bas sekolah di bandar raya ini hari ini mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) bertindak tegas terhadap pengusaha haram yang menjejaskan pendapatan mereka.
Jurucakap semua persatuan terbabit Rokiah Yeop berkata kira-kira 50 peratus daripada bas atau kenderaan yang membawa pelajar sekolah di sini beroperasi tanpa permit yang sah. "Perkara ini sudah memuncak apabila bas yang boleh memuatkan 44 penumpang pada satu-satu masa kini hanya mampu membawa kira-kira 12 murid pada sebelah pagi sementara 20 lagi murid di sesi petang," katanya kepada pemberita, di sini. Rokiah yang juga Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Ipoh berkata, akibatnya pengusaha yang sah hanya mampu memperolehi RM1,800 sebulan berbanding kira-kira RM3,000 sebelum ini. "Jadi bagaimana kami mahu meneruskan kehidupan sedangkan kos sara hidup semakin meningkat dan kos servis serta barang ganti bagi kenderaan kami juga semakin meningkat," katanya. Beliau juga mendakwa pengusaha bas haram terbabit mengecat kenderaan mereka dengan warna kuning bagi mengaburi mata pihak berkuasa. "SPAD baru-baru ini ada menjalankan operasi, namun difahamkan tiada seorang pengusaha haram dibawa ke muka pengadilan kerana dikatakan tiada bukti untuk menahan mereka," katanya. Pada masa yang sama, Rokiah juga meminta SPAD memansuhkan syarat had usia bas 30 tahun yang disifatkannya tidak wajar memandangkan setiap bas terbabit harus menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan. "Kenapa kami disekat daripada beroperasi sedangkan bas kami disahkan selamat oleh Puspakom," katanya. Perkara itu disokong Timbalan Pengerusi Pengusaha-pengusaha Bas Sekolah Cina Chang Chee Yong yang berkata kira-kira 80 peratus bas sekolah yang ada di bandar raya ini berusia lebih 30 tahun. Tambahan pula kata Chang, jarak perjalanan sesebuah bas sekolah berkenaan hanya antara 10 hingga 15 kilometer, justeru syarat yang dikenakan SPAD bagi pembaharuan lesen itu tidak wajar sama sekali. "Untuk menggantikan sesebuah bas sekolah baru ia memerlukan kos kira-kira RM400,000 ke RM500,000, maka kami tidak mampu. Itu belum lagi ditambah dengan pendapatan yang hanya mencecah RM2,000 disebabkan oleh pengusaha haram terbabit," katanya. Hari ini 30 pengusaha bas pelbagai kaum di Ipoh berkumpul dengan kenderaan masing-masing di kawasan letak kenderaan Stadium Perak bagi mendesak SPAD memansuhkan syarat usia bas 30 tahun itu. -- Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment