SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Tuesday, 12 November 2013

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014 - Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak | 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingakatan 1 bagi tahun 2014 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Mulai tahun 2014, kemasukan ke Maktab Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temuduga.

Friday, 8 November 2013

Kadar Tambang Bas Sekolah

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik Harga (30%) Bermula 1 Januari 2014? Kesan Domino Kenaikan Harga Minyak!



Berita Semasa

 Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….

Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang sekolah mereka naik lagi.

 

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik : Alasan Kenaikan?

1.                   Tambang bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada kenaikan dilakukan.
2.                   Peningkatan kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka

 


Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah Naik?


Inilah antara kesan seterusnya dek kerana kenaikan harga minyak (SEPERTI DISINI). Bukan sahaja minyak sahaja naik, barangan alat ganti juga turut terkena tempias untuk mengalami kenaikan kos dan harga. Kesan akhirnya akan berbalik kepada anda, anda di sini.


Berita Semasa sudah menjangkakan tambang bas akan naik tidak lama sahaja lagi di mana seperti dirancang bermula 1 Januari 2014 sekaligus kalangan ibubapa akan merasai beban kenaikan tambang bas sekolah yang terbaru tidak lama sahaja lagi.

Orang kaya tidak menggunakan bas untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Jaranggg…..sangat kita dengar. Tetapi golongan keluarga berpendapatan serdahana dan rendah yang merupakan pelanggan setia pengusaha bas di Malaysia. Kelompok ini sekali lagi akan menerima kesan bebanan kos sara hidup yang terus melambung tinggi.



Ketika kerajaan mengurangkan subsidi minyak contohnya, salah satu sebabnya mahu “menambah kantung pendapatan negara“. Tetapi tidak membenarkan pengusaha bas naik tambang bas sekolah?
·                     Pengusaha bas tidak perlu menambah untung?
·                     Pengusaha teksi tidak perlu tambah untung?
·                     Pengusaha kedai runcit makan tidak perlu tambah untung?
Peniaga mana yang tidak mahu naik% keuntungan setiap tahun? Kerajaan naik harga minyak tetapi peniaga-peniaga diberikan amaran untuk naik harga barang? Pelik……

P/S : Berapa ramai ibubapa di sini yang bakal membayar bebanan kenaikan kadar tambang bas sekolah yang terbaru kelak? Berapa kos yang ditanggung anda ketika ini setiap bulan?