Kadar Tambang Bas Sekolah Naik Harga (30%)
Bermula 1 Januari 2014? Kesan Domino Kenaikan Harga Minyak!
Berita Semasa
Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September
mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….
Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM)
yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang sekolah mereka naik
lagi.
Kadar Tambang Bas Sekolah
Naik : Alasan Kenaikan?
1.
Tambang
bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada
kenaikan dilakukan.
2.
Peningkatan
kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka
Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah
Naik?
Inilah antara kesan seterusnya dek kerana kenaikan harga minyak (SEPERTI DISINI). Bukan sahaja minyak sahaja naik, barangan alat ganti juga turut terkena tempias untuk mengalami kenaikan kos dan harga. Kesan akhirnya akan berbalik kepada anda, anda di sini.
Berita Semasa sudah menjangkakan tambang bas akan naik tidak
lama sahaja lagi di mana seperti dirancang bermula 1 Januari 2014 sekaligus
kalangan ibubapa akan merasai beban kenaikan tambang bas sekolah yang terbaru
tidak lama sahaja lagi.
Orang kaya tidak menggunakan bas untuk menghantar anak
mereka ke sekolah. Jaranggg…..sangat kita dengar. Tetapi golongan keluarga
berpendapatan serdahana dan rendah yang merupakan pelanggan setia pengusaha bas
di Malaysia .
Kelompok ini sekali lagi akan menerima kesan bebanan kos sara hidup yang terus
melambung tinggi.
Ketika kerajaan mengurangkan subsidi minyak contohnya, salah
satu sebabnya mahu “menambah kantung pendapatan negara“. Tetapi tidak
membenarkan pengusaha bas naik tambang bas sekolah?
·
Pengusaha
bas tidak perlu menambah untung?
·
Pengusaha
teksi tidak perlu tambah untung?
·
Pengusaha
kedai runcit makan tidak perlu tambah untung?
Peniaga mana yang tidak mahu naik% keuntungan setiap tahun?
Kerajaan naik harga minyak tetapi peniaga-peniaga diberikan amaran untuk naik
harga barang? Pelik……
P/S : Berapa ramai ibubapa di sini yang bakal membayar
bebanan kenaikan kadar tambang bas sekolah yang terbaru kelak? Berapa kos yang
ditanggung anda ketika ini setiap bulan?
No comments:
Post a Comment