SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Thursday 4 October 2012

SMA IZZUDDIN SHAH (SIS) IPOH


KEMASUKAN PELAJAR

Proses kemasukan pelajar ke SIS adalah sesuatu yang unik. Calon-calon UPSR dengan khususnya dari seluruh negeri Perak yang berminat untuk memasuki sekolah ini dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diperoleh dari pejabat sekolah ataupun pejabat-pejabat agama daerah masing-masing. Seterusnya, pemohon-pemohon dikehendaki mengambil satu peperiksaan khas kemasukan ke sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri yang dikelolakan oleh JAIPk.  http://www.izzuddinipoh.com/

Hanya calon-calon yang lulus peperiksaan khas ini dengan aras tertentu akan dipertimbangkan untuk ditawarkan tempat ke sekolah ini. Peperiksaan ini khas untuk kemasukan ke tingkatan satu.
Bagi kemasukan ke tingkatan empat, pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) termasuk Bahasa Arab Komunikasi.
Bagi kemasukan ke tingkatan enam, pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.
Syarat am pengambilan pelajar ke SIS adalah seseorang pelajar yang memohon mestilah beragama Islam, bumiputera, lelaki dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
Walau bagaimanapun, pelajar perempuan dibenarkan untuk memohon melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.




PENCAPAIAN SEKOLAH
Dalam bidang akademik, SIS telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun demi tahun. peningkatan ini diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah atau GPS.
Pada tahun 2001, SIS telah berjaya meletakkan kedudukan dalam tangga ke-41 sekolah-sekolah terbaik seluruh Malaysia dalam SPM dengan GPS 3.21. GPS sekolah meningkat saban tahun apabila pada tahun 2006, SIS mencatatkan GPS 2.90 dan meningkat lagi pada tahun 2007 pada nilai 2.70.
Dalam bidang kokurikulum, SIS boleh berbangga dengan pencapaian sama ada di peringkat daerah, negeri, ataupun kebangsaan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah tempat pertama pertandingan kawad kaki sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak yang menyaksikan SIS unggul dalam kategori kawad kaki dan pakaian terbaik antaranya pada tahun 1999, 2001, 2002, 2003, 2005 dan 2006.
SIS juga berjaya menjadi perintis kepada kumpulan nasyid kotemporari dengan penubuhan kumpulan nasyid soutul faizin pada tahun 1996.Kumpulan yang bertemakan "Irama Kontemporari Menggugah Misi"ini telah berjaya menempatkan diri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Nasyid Antidadah pada tahun 2006 dan 2007.Pada tahun 2007 juga,kumpulan Soutul Faizin telah berjaya menjadi johan kebangsaan buat kali pertamanya.Selain itu beberapa kejayaan ko kurikulum juga telah diukir diatas memori sejarah SIS pada tahun ini. Antaranya adalah menjadi johan Pesta Pantun Daerah Kinta dimana telah menobatkan pemantun SIS sebagai Pemantun terbaik bagi 2 tahun berturut-turut (1996 & 1997)...

Salah seorang pelajar di SIS

SIS juga turut mempunyai sebuah padang dan beberapa gelanggang bola tampar dan takraw. Sebuah kawasan berhampiran padang sekolah dikenali sebagai Dataran Ilmu digunakan sebagai tapak perhimpunan dan turut digunakan sebagai gelanggang sepak takraw. SIS turut mempunyai sebuah dewan makan bersebelahan kantin dan uniknya, bangunan dewan makan sekolah berbentuk huruf 'U'.
Oleh kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, 6 buah rumah guru yang menempatkan guru berjawatan warden turut didirikan bersama sebuah rumah Pengetua. SIS juga turut mempunyai sebuah surau diri Jumaat yang dikenali sebagai      Musolla Al-Azam. Kedua-dua solat sunat hari raya turut    diadakan di sini.
Pakaian Seragam


Sekolah Izzuddin Shah (nama rasmi sekolah mengikut nama asal sewaktu ditubuhkan dan didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri Perak (JAIPk) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta sering disalah tulis dan disalah sebut sebagai Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah) terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (dahulu dikenali sebagai Jalan Harimau atau Tiger Lane).Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 24 ekar dan bertentangan dengan Jabatan Veterinar Ipoh dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sebelah timur dan Jabatan Sains Mineral dan Geologi di sebelah tenggara dan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash serta Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sebelah barat.


No comments:

Post a Comment