SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Tuesday 12 November 2013

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014 - Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak | 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingakatan 1 bagi tahun 2014 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Mulai tahun 2014, kemasukan ke Maktab Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temuduga.

Friday 8 November 2013

Kadar Tambang Bas Sekolah

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik Harga (30%) Bermula 1 Januari 2014? Kesan Domino Kenaikan Harga Minyak!



Berita Semasa

 Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….

Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang sekolah mereka naik lagi.

 

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik : Alasan Kenaikan?

1.                   Tambang bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada kenaikan dilakukan.
2.                   Peningkatan kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka

 


Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah Naik?


Inilah antara kesan seterusnya dek kerana kenaikan harga minyak (SEPERTI DISINI). Bukan sahaja minyak sahaja naik, barangan alat ganti juga turut terkena tempias untuk mengalami kenaikan kos dan harga. Kesan akhirnya akan berbalik kepada anda, anda di sini.


Berita Semasa sudah menjangkakan tambang bas akan naik tidak lama sahaja lagi di mana seperti dirancang bermula 1 Januari 2014 sekaligus kalangan ibubapa akan merasai beban kenaikan tambang bas sekolah yang terbaru tidak lama sahaja lagi.

Orang kaya tidak menggunakan bas untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Jaranggg…..sangat kita dengar. Tetapi golongan keluarga berpendapatan serdahana dan rendah yang merupakan pelanggan setia pengusaha bas di Malaysia. Kelompok ini sekali lagi akan menerima kesan bebanan kos sara hidup yang terus melambung tinggi.



Ketika kerajaan mengurangkan subsidi minyak contohnya, salah satu sebabnya mahu “menambah kantung pendapatan negara“. Tetapi tidak membenarkan pengusaha bas naik tambang bas sekolah?
·                     Pengusaha bas tidak perlu menambah untung?
·                     Pengusaha teksi tidak perlu tambah untung?
·                     Pengusaha kedai runcit makan tidak perlu tambah untung?
Peniaga mana yang tidak mahu naik% keuntungan setiap tahun? Kerajaan naik harga minyak tetapi peniaga-peniaga diberikan amaran untuk naik harga barang? Pelik……

P/S : Berapa ramai ibubapa di sini yang bakal membayar bebanan kenaikan kadar tambang bas sekolah yang terbaru kelak? Berapa kos yang ditanggung anda ketika ini setiap bulan?


Saturday 28 September 2013

Skim Pinjaman Mudah Bas Sekolah 1 Malaysia Untuk Pengusaha Bas Sekolah


Bas sekolah yang disediakan menerusi “Skim Pinjaman Mudah Sewa Beli Bas Sekolah 1 Malaysia” 
PETALING JAYA: Kerajaan telah meluluskan “Skim Pinjaman Mudah Sewa Beli Bas Sekolah 1 Malaysia” yang diperkenalkan khusus bagi pengusaha bas sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusi DMS Dynamic Sdn.Bhd, Datuk Mohd Sani Mohd Nor berkata kerjaan turut memberi bantuan rebat RM 10,000.

"Rebat tunai RM 10,000 akan digunakan sebagai wang pendahuluan bagi
pembelian bas sekolah baru.

"Selain rebat, kerjaan juga memberi subsidi kerajaan dengan kadar faedah 2 peratus adalah ke atas pinjaman penuh dan mereka hanya perlu membayar kadar faedah 2 peratus sahaja.

Melalui skim itu, syarikat bumiputera DMS Dynamic Sdn. Bhd dengan kerjasama Cherry Outomobile (Malaysia) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan skim itu.

Selain mendapat sijil pengiktirafan dan kelulusan reka bentuk yang selamat dari United Nation (UN), bas sekolah yang diberi nama "Model Transcom" yang disediakan juga mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

"Walau bagaimana pun, skim ini hanya untuk pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang berusia 25 tahun ke atas sahaja.

Jelasnya lagi, model yang dikeluarkan adalah sesuai dengan ciri-ciri keselamatan, Keselesaan dan harga yang berpatutan iaitu harga mampu milik dibawah harga RM100 ribu.

"Skim pinjaman ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tempoh permohonan selama 2 tahun bermula April 2013. katanya selepas menandatangani Perjanjian Usahasama bersama Pengerusi Cherry Automobile (Malaysia) Sdn.Bhd, General (B) Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed di sini pagi tadi.

Perjanjian itu turut disaksikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD. 

Friday 27 September 2013

Tindakan tegas jika gagal tukar bas sekolah berusia lebih 30 tahun - SPAD

KUALA LUMPUR: Mulai Januari 2015, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengusaha bas sekolah jika gagal menukar kenderaan mereka yang telah berusia 30 tahun dan ke atas kepada yang baharu, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tempoh dua tahun yang diberi kepada semua pengusaha bas sekolah terbabit untuk menukar kenderaan mereka akan berakhir hujung tahun depan dan SPAD tidak akan melanjutkan semula tempoh berkenaan.
"Jika mereka (pengusaha bas) ingkar untuk ikut peraturan yang kita tetapkan, SPAD akan dakwa mereka di mahkamah, tarik balik lesen supaya mereka tidak boleh lagi beroperasi secara sah.

"Undang-undang membenarkan SPAD membuat peraturan serta prosedur dan kami boleh ambil tindakan jika ia gagal dipatuhi kerana soal keselamatan penumpang terutama kanak-kanak amat penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Syed Hamid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara DMS Dynamic Sdn Bhd dan Chery Automobile (M) Sdn Bhd untuk Projek Bas Sekolah 1Malaysia.

Syed Hamid berkata sehingga kini terdapat 17,000 buah bas sekolah di seluruh negara berdaftar dengan SPAD dan daripada jumlah itu 2,000 buah bas sekolah sudah melebihi jangka hayat 30 tahun.

Katanya bagi meringankan beban para pengusaha, kerajaan menyediakan pembiayaan pinjaman sehingga RM250,000 untuk tempoh sembilan tahun bagi membantu mereka menukar bas baharu.

Katanya permohonan untuk mendapatkan pembiayaan itu boleh dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional mulai April lepas dan sehingga kini 130 permohonan telah diterima.

Mengenai saranan pengambilan warga asing sebagai pemandu bas, Syed Hamid berkata cadangan itu tidak wajar kerana boleh menimbulkan masalah sosial di negara ini.

"Saya bimbang sebab segalanya dibuat oleh warga asing. Rakyat Malaysia yang sepatutnya diambil bekerja," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 19, 2013 21:55 (MYT)

Perkhidmatan Bas Sekolah: Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna



Rasanya ramai yang terlepas pandang mengenai satu inisiatif yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sangat-sangat bermanfaat terutamanya kepada murid-murid sekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah.


Tahukah anda bahawa suruhanjaya itu telah mewujudkan satu skim yang dinamakan 'Skim Insurans Murid Sekolah SPAD'? Buat yang terlepas pandang, skim tersebut adalah usaha SPAD di dalam melindungi murid sekolah yang menaiki bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun ini lagi.

Skim ini bukanlah sekadar omong kosong..buktinya, pada 4 September lalu SPAD telah menyerahkan pampasan insurans yang ke-4 bagi tahun ini bernilai RM102,500 kepada keluarga mendiang Eddy Wallfired Eleazer Benjasor. 

Untuk rekod, mendiang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sekolah yang bertembung dengan lori tangki simen pada 23 Ogos 2013 di KM49 Jalan Sandakan-Lahad Datu. 

Melalui Skim Insurans Murid Sekolah SPAD, cek kepada keluaraga mendiang itu meliputi RM100,000 bagi pampasan kematian dan RM2,500 bagi pampasan pengebumian. 

Dan nasihat Ketam kepada para ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak mereka agar dapat memastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut berlesen.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

Sember:- en.ketam&rakan

Tuesday 24 September 2013

ANGKARA TAYAR BAS TERCABUT


Georgetown: Angkara tayar belakang tercabut, seorang pemandu bas sekolah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh penunggang motosikal menyebabkannya maut dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Tan Kay Heng, 53, maut di tempat kejadian apabila terperosok di bawah kereta yang turut dirempuh bas berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari kelas tambahan tidak sempat mengelak sebelum dirempuh dengan kuat oleh bas sekolah itu sebelum motosikalnya diseret.
Menurut sumber, ketika itu, mangsa dalam perjalanan dari Balik Pulau menghala ke Ayer Itam dan dikatakan mahu menjemput anaknya pulang dari kelas tambahan.

“Bagaimanapun, ketika di lokasi kejadian, sebuah bas yang membawa kira-kira 10 murid sebuah sekolah di Paya Terubong hilang kawalan ketika berada berhampiran lampu isyarat.

“Tayar belakang bas berkenaan tercabut menyebabkan pemandunya tidak dapat mengawal sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
“Mangsa terperosok di bawah sebuah kereta yang diletakkan di tempat parkir berhampiran,” katanya.

Difahamkan, pemandu bas sekolah terbabit dan 10 murid hanya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati seorang wanita dipercayai isteri mangsa hanya mampu menangis sebelum ditenangkan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/19

Tuesday 9 April 2013

SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.





PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK PENGENDALI BAS SEKOLAH

Tujuan Skim
Kerajaan mengambil berat akan keselamatan dan keselesaan murid-murid yang menaiki bas sekolah serta pemandu-pemandu bas sekolah. Sebagai suatu titik permulaan transformasi industri bas sekolah ke arah yang selamat dan berkualiti, skim penggantian ini disediakan bagi bagi membantu pengendali bas sekolah membiayai penggantian bas sekolah lama kepada yang baru.
Justeru itu, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Pengumuman Bajet 2013, Kerajaan telah meluluskan skim bantuan bagi meringankan beban pengendali bas sekolah. Pemberian rebat sebanyak RM 10,000.00 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru.
Sila klik pautan ini bagi memuat turun Panduan dan Maklumat untuk Pengendali Bas Sekolah: skim_penggantian_bas_sekolah_v2.pdf

Thursday 21 February 2013

Kemalangan Van Sekolah Tanpa Permit





Dalam bajet yang telah dibentangkan, Kerajaan hanya melindungi bas2 sekolah yang berdaftar dengan SPAD sahaja. Insuran RM 100 Ribu adalah untuk bas2 sekolah berwarna kuning (Amber), di badan bas sekolah ada tertera perkataan BAS SEKOLAH, ada maklumat pemilik, ada disk pemeriksaan PUSPAKOM dan ada Lesen Pengendali yang dikeluarkan oleh SPAD. Terpulanglah pada ibubapa atau penjaga yang mana intan dan yang mana kaca.

Tuesday 5 February 2013

MEMORANDUM PPPBSM VS SPAD - 2.0

MEMORANDUM YANG DIHANTAR PADA MESYUARAT DI SPAD -Platinium Sentral -KL SENTRAL pada 31 Januari 2013: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM ) :
A. membantah PENETAPAN HAD USIA BAS SEKOLAH 30 TAHUN melainkan KERAJAAN MELALUI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT ( SPAD) memberikan pelan PENAMBAHBAIKKAN BAS SEKOLAH SECARA MENYELURUH: a. SEMUA KENDERAAN PERDAGANGAN TERMASUK BAS PEKERJA, BAS MINI, BAS BERHENTI-HENTI DAN LORI DI TETAPKAN DENGAN HAD USIA YANG SAMA PADA TARIKH BERKUATKUASA YANG SAMA

Monday 17 December 2012

SEMAKAN ONLINE TAWARAN SBP 2013

Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 
2013 Tingkatan 1 Online.

                                      (KLIK SINI)

Friday 2 November 2012

Thursday 4 October 2012

SMA IZZUDDIN SHAH (SIS) IPOH


KEMASUKAN PELAJAR

Proses kemasukan pelajar ke SIS adalah sesuatu yang unik. Calon-calon UPSR dengan khususnya dari seluruh negeri Perak yang berminat untuk memasuki sekolah ini dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diperoleh dari pejabat sekolah ataupun pejabat-pejabat agama daerah masing-masing. Seterusnya, pemohon-pemohon dikehendaki mengambil satu peperiksaan khas kemasukan ke sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri yang dikelolakan oleh JAIPk.  http://www.izzuddinipoh.com/

Monday 1 October 2012

BERITA BAIK BUAT PENGUSAHA BAS SEKOLAH

BUDGET 2013 HIGHLIGHTS MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS 89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah : -Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk -Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

Thursday 20 September 2012

BOOKING SYSTEM PUSPAKOM

BOOKING SYSTEM PUSPAKOM

Persetujuan Antara Pihak Puspakom HQ (Glenmarie) & Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia 
bahawa Semua Bas sekolah tidak terlibat dengan Sistem Booking Puspakom.

SPAD teliti hapus had usia bas sekolah

SPAD teliti hapus had usia bas sekolah

Sunday 16 September 2012


PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/ 2014

Permohonan bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) online bagi sesi 2013/ 2014 dibuka mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012. Sebelum membuat permohonan, calon digalakkan membaca panduan dan syarat kelayakan minimum terlebih dahulu.

Permohonan matrikulasi 2013/2014

Syarat Kelayakan Minimum Masuk Matrikulasi
a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Wednesday 11 July 2012

DEMO DI STADIUM IPOH PERAK

Pengusaha bas sekolah di Ipoh desak SPAD ambil tindakan terhadap pengusaha haram 4 Julai 2012 IPOH - Persatuan pengusaha bas sekolah di bandar raya ini hari ini mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) bertindak tegas terhadap pengusaha haram yang menjejaskan pendapatan mereka.

MEMORANDUM UNTUK SPAD

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) MEMBANTAH PERLAKSANAAN HAD USIA BAS SEKOLAH 30 TAHUN kepada bas sekolah yang telah dilesenkan sebelum 15 Mac 2006 – kerana ia BERTENTANGAN sebagaimana yang dinyatakan dalam PEKELILING LPKP Bil . 2 Tahun 2006 - Perkara 5 1.