SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Tuesday 9 April 2013

SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAH S.P.A.D.





PANDUAN DAN MAKLUMAT UNTUK PENGENDALI BAS SEKOLAH

Tujuan Skim
Kerajaan mengambil berat akan keselamatan dan keselesaan murid-murid yang menaiki bas sekolah serta pemandu-pemandu bas sekolah. Sebagai suatu titik permulaan transformasi industri bas sekolah ke arah yang selamat dan berkualiti, skim penggantian ini disediakan bagi bagi membantu pengendali bas sekolah membiayai penggantian bas sekolah lama kepada yang baru.
Justeru itu, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Pengumuman Bajet 2013, Kerajaan telah meluluskan skim bantuan bagi meringankan beban pengendali bas sekolah. Pemberian rebat sebanyak RM 10,000.00 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru.
Sila klik pautan ini bagi memuat turun Panduan dan Maklumat untuk Pengendali Bas Sekolah: skim_penggantian_bas_sekolah_v2.pdf