SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Tuesday 19 November 2013

Permohonan Ke Sekolah Agama Secara Online

https://egerbang.perak.gov.my/member/index/login/

http://jaipk.perak.gov.my/



Buat pertama kalinya, permohonan kemasukan ke tingkatan satu sekolah agama negeri dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan bagi sesi 2014 akan dilakukan melalui internet.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, permohonan itu akan melibatkan pengambilan 600 pelajar.
Beliau memberitahu, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) akan mula membuka tiga laman web secara on-line sebaik keputusan UPSR 2013 diumumkan hari ini.
"Sekarang kita tidak guna pakai dalam bentuk borang tetapi untuk melayarinya bagi kemasukkan pemohonan ini, kita akan mula membuka on-line ini sebaik keputusan UPSR 2013 diumumkan hari ini,’’ katanya kepada Peraknews.

Dr Nizar berkata, tiga laman web itu ialah:=

Menurut beliau, syarat kemasukkan ke sekolah-sekolah terbabit ialah pelajar mesti memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 2B dalam UPSR 2013, memperolehi sekurang-kurangnnya 4A dan 4B dalam UPKK 2012 dan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2013.
Drs Nizar berkata, permohonan  kemasukkan mula dibuka hari ini sehinggalah tempoh dua minggu yang telahpun ditetapkan selepas itu akan diproses oleh JAIPk .
Katanya, calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian khas hafazan al-Quran .
Katanya lagi, Bahagian Pendidikan JAIP juga telah membuka tiga kaunter komputer internet untuk mereka yang tidak mempunyai komputer bagi melincinkan proses permohonan dan pendaftaran.

No comments:

Post a Comment