SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Wednesday 11 July 2012

MEMORANDUM UNTUK SPAD

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) MEMBANTAH PERLAKSANAAN HAD USIA BAS SEKOLAH 30 TAHUN kepada bas sekolah yang telah dilesenkan sebelum 15 Mac 2006 – kerana ia BERTENTANGAN sebagaimana yang dinyatakan dalam PEKELILING LPKP Bil . 2 Tahun 2006 - Perkara 5 1.
Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM ) memutuskan bahawa arahan penetapan had usia bas sekolah yang telah dilesenkan sebelum 15 Mac 2006 tidak pernah berlaku sehingga KENYATAAN AKHBAR OLEH Y.B. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE pada 22 Disember 2009. 2. Walau bagaimana pun , sebelum itu pada 16 Disember 2009 MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI TAN SRI AZIZ ( Menteri yang bertanggongjawab terhadap LPKP ) bersetuju semua BAS SEKOLAH yang LULUS PEMERIKSAAN PUSPAKOM layak memperbaharui LESEN dan CUKAI JALAN tanpa mengira USIA bas berkenaan dalam pertemuan Beliau dengan PPPBSM di pejabatnya di Bangunan Parlimen 3. Kegagalan pihak SPAD memperbaharui LESEN BAS SEKOLAH yang berkenaan akan menyebabkan KESUSAHAN dan kekalutan kepada masyarakat kerana akan menyebabkan murid-murid yang menaiki bas berkenaan akan menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah - yang akhirnya menyebabkan ramai ibubapa yang terpaksa ponteng kerja hanya semata-mata untuk menghantar/mengambil anak di sekolah. - dianggarkan HAMPIR 3000 buah BAS SEKOLAH yang berusia lebih 30 tahun yang beroperasi di semenanjung Malaysia. - Sekiranya 100 orang pelajar yang menggunakan bas sekoalh tersebut , ini bermakna LEBIHKURANG 300,000 pelajar akan terjejas perjalanan mereka ke sekolah 4. Pada 31 Mac 2010 - Dalam Mesyuarat dan Makmal Penyediaan Garis Panduan Had Usia bas Sekolah 30 tahun LPKP - Ir. Mohamad bin Dalib – Pengarah Bahagian Kejuruteraan Otomotif , Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menyatakan bahawa Chasis Kenderaan di buat untuk tahan sepanjang hayat, yang cepat rosak /reput adalah badan bas yang diperbuat kemudian oleh Pembina Badan Bas Tempatan. i. Perkara tersebut DIPERSETUJUI oleh Pengarah MIROS Prof. Dr. Wong Shaw Voon ii. Seterusnya PPPBSM mencadangkan Badan Bas di Tukar Baru selepas 20 tahun dan jangka hayat bas berkenaan di tambah selama 15 tahun lagi. Tiada keputusan di buat. 5. Pada 30 April 2010 - Dalam Mesyuarat dan Makmal Penyediaan Garis Panduan Had Usia bas Sekolah 30 tahun LPKP - BIL. 4/2010 - Puan Maslina binti Baki – Ketua Penolong Pengarah Kanan, LPKP Semenanjung Malaysia bersetuju bahawa : sebenarnya tidak perlu had usia bas sekolah setelah diterangkan oleh Pihak PPPBSM bahawa : a. SETIAP KENDERAAN PERDAGANGAN ( Bas / lori / Teksi ) YANG GAGAL DALAM PEMERIKSAAN PUSPAKOM TIDAK BOLEH MENJALANKAN OPERASINYA SAMADA PERKHIDMATAN AWAM ATAUPUN BARANGAN SEHINGGA LULUS DALAM PEMERIKSAAN ULANGAN BERIKUTNYA. b. SETIAP KENDERAAN PERDAGANGAN YANG GAGAL DALAM PEMERIKSAAN PUSPAKOM HANYA BOLEH BERGERAK UNTUK TUJUAN BAIKPULIH DI BENGKEL DAN UNTUK KE PUSPAKOM BAGI TUJUAN PEMERIKSAAN ULANGAN DENGAN SYARAT CUKAI JALAN BELUM TAMAT TEMPOH. c. SEKIRANYA CUKAI JALAN TELAH TAMAT TEMPOH, SURAT PERJALANAN OLEH PIHAK JPJ MESTILAH DI POHON DENGAN MENGEMUKAKAN SALINAN INSURAN KENDERAAN BERKENAAN YANG MASIH BERKUATKUASA. Dan perkara ini di sahkan oleh Ir. Mohamad bin Dalib – Pengarah Bahagian Kejuruteraan Otomotif , Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia . 6. Syarat Penetapan Usia Kenderaan tidak melebihi 30 tahun tidak terpakai kepada Bas Pekerja dan LORI. Adakah kerana Bas Pekerja yang beroperasi 3 syif - masa pemanduan lebih 15 jam dan Lori - yang beroperasi seluruh Semenanjung Malaysia dimiliki oleh “orang besar” -( Dato’/ Tan Sri ) sementara Bas Sekolah di miliki oleh “ikan bilis” maka senanglah untuk di” arahkan”. PPPBSM berpendapat bahawa biarlah segala syarat “ADIL” KEPADA SEMUA. 7. Tiada DANA / GERAN bagi proses penggantian bas sekolah baru diberikan oleh pihak KERAJAAN sebagaimana yang di berikan kepada Bas Rapid & Maraliner . i. Rapid & Maraliner berOPERASI a. bas –bas di beli oleh kerajaan yang kemudiannya diberikan kepada Syarikat b. Modal pusingan diberikan oleh KERAJAAN melalui MoF Inc. c. Kutipan tambang di ambil oleh syarikat ii. Pengusaha Bas Sekolah terpaksa mengeluarkan MODAL SENDIRI BAGI MEMBELI BAS dan mengharapkan PULANGAN daripada PELABURAN mereka itu. Dengan kadar tambang yang rendah maka pengusaha mendapat pulangan yang sedikit dan menyebabkan mereka berfikir panjang untuk membuat PELABURAN BARU & BESAR dalan Perkhidmatan Bas Sekaloh ini.. iii. PPPBSM meminta Kerajaan memberikan Geran sebanyak RM 50,000 bagi pembelian bas baru untuk setiap bas sekolah yang telah /menghampiri 30 tahun kerana setiap bas baru berharga antara RM 130,000 ( bas pendek ) dan RM 380,000 ( bas panjang ) 8. Ibu tunggal yang telah “berusia” mewarisi dari Arwah/bekas suami bagi menampung kehidupan mereka dan anak-anak Yatim ini . Daripada 1000 bas yang berusia LEBIH 30 TAHUN, hampir 50% daripadanya dimiliki oleh Ibu tunggal ini. 9. TIADA NOTIS INDIVIDU DIKELUARKAN kepada PELESEN OLEH PIHAK LPKP sebelum ini kepada setiap PELESEN yang terbabit 10. Perkara 3 (a) pada SIARAN AKHBAR Y.B. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE -( Pengerusi LPKP Semenanjung Malaysia ) “ Bagi permohonan lesen baru dan ganti kenderaan , had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 20 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan.” Hendaklah ditukar kepada ; “ had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 29 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan.” Perubahan syarat ini perlu bagi membolehkan Pengusaha yang sedia ada melesenkan bas yang telah berusia 20 tahun kepada lesen mereka sendiri. Ini dapat mengelakkan “ALI-BABA “ atau “BABA-ALI” DAN MELAHIRKAN operator yang TULEN. Penarikbalikkan arahan ini PERLU bagi mengelakkan PENGUSAHA BAS SEKOLAH HALAL yang telah mencapai usia 30 tahun tersebut menjadi Pengusaha Bas/Van Sekolah Haram kerana gagal membeli bas baru kerana bas baru bersaiz sederhana berharga sekurang-kurangnya RM 130,000 PPPBSM menyarankan agar pihak KERAJAAN melalui SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT ( SPAD ) Menyediakan satu PELAN TRANFOMASI PENAMBAHBAIKKAN MUTU PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH dan Pihak Jawatan kuasa PEMANDU ( PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri mesti membawa bersama PERSATUAN bagi mencari penyelesaian menyeluruh masalah bas sekolah seluruh Negara. Ini selaras dengan MOTO 1 MALAYSIA - Rakyat di Dahulukan , Pencapaian di Utamakan. SALAM 1 MALAYSIA. PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN BAS SEKOLAH MALAYSIA Kronologi Penetapan Had Usia Bas Sekolah: a. 15 Mac 2006 – PEKELILING LPKP - Bil . 2 Tahun 2006. - ( Lampiran 1 ) SYARAT BARU PERLESENAN BAS SEKOLAH 4. Bagi pemohon lesen baru mesti melesenkan bas sekolah yang berusia tidak melebihi 5 tahun dan had usia bas sekolah ditetapkan tidak melebihi 20 tahun. 5. Syarat baru pelesenan di perenggan 4 diatas tidak terpakai kepada pemilik lesen bas sekolah sedia ada: 5.1 apabila membuat permohonan memperbaharui dan ubahsyarat lesen: dan 5.2 KECUALI apabila membuat permohonan ubahsyarat lesen bagi ganti kenderaan 6. Usia bas adalah berdasarkan tarikh pendaftaran pada kad Pendaftaran Kenderaan b. 10 Ogos 2006 – PEKELILING LPKP - Bil . 6 Tahun 2006. - ( Lampiran 2 ) PINDAAN PEKELILING LPKP - Bil . 2 Tahun 2006. 4. Bagi pemohon lesen baru had usia bas sekolah ditetapkan tidak melebihi 20 tahun. c. 16 Disember 2009 - PERJUMPAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI TAN SRI AZIZ dengan PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN BAS SEKOLAH MALAYSIA di BANGUNAN PARLIMEN - ( Lampiran 3 ) - Y.B. Menteri bersetuju semua BAS SEKOLAH yang LULUS PEMERIKSAAN PUSPAKOM layak memperbaharui LESEN dan CUKAI JALAN tanpa mengira USIA bas berkenaan. - Y.B. Menteri menegaskan bahawa SOAL KESELAMATAN dan LAYAK BEROPERASI DI JALAN RAYA adalah menjadi TANGGONGJAWAB PUSPAKOM untuk mengesahkannya BUKAN LPKP. - Y.B. Menteri juga menegaskan bahawa BELIAU akan MENGARAHKAN LPKP memperbaharui semua LESEN BAS SEKOLAH yang LULUS PEMERIKSAAN PUSPAKOM dengan segera bagi mengelakkan masalah pengangkutan murid-murid sekolah pada sesi persekolahan yang akan bermula beberapa minggu lagi. d. 22 Disember 2009 - SIARAN AKHBAR Y.B. DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - ( Lampiran 4 ) 2. Setelah membuat pertimbangan berasakan penyelarasan dasar antara LPKP Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta faktor ekonomi pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk membuat pelaburan semula bagi penggantian kenderaan , maka MESYUARAT LEMBAGA PERLESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN Bil. 4/2009 yang bersidang pada 17 Disember 2009 telah bersetuju untuk melanjutkan had usia kenderaan bas sekolah daripada 20 tahun kepada 30 tahun. 3. Penetapan had usia ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut: a. Bagi permohonan lesen baru dan ganti kenderaan , had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 20 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan; dan b. Mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM. ………………………………. ………………………………. 6. Penetapan had usia kenderaan bagi bas sekolah kepada 30 tahun akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2010. FAKTA BAS SEKOLAH: 1. AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010 - ( Akta 715 ) Mukasurat 218 - Jadual Pertama [Seksyen 2] - KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM Tafsiran - “ bas sekolah ” ertinya suatu bas yang digunakan semata- mata untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain; 2. JADUAL KADAR TAMBANG BAS SEKOLAH (Berkuatkuasa 1hb. Ogos 2009) Bagi Kawasan Kadar Yang Diluluskan Untuk Perjalanan Pergi + Balik Sebulan atau sebahagian daripadanya Bandar ** RM27.43 @ 1 km pertama/sebahagian RM2.02 @ setiap km berikutnya/sebahagian Luar Bandar RM20.61 @ 1 km pertama/sebahagian RM2.02 @ setiap km berikutnya/sebahagian **Bandar : Semua kawasan Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Bandaran, Majlis Perbandaran dan semua kawasan yang membayar cukai pintu kepada Pihak Berkuasa Tempatan. MASALAH 1 KADAR TAMBANG TIDAK SELARAS BANDAR & LUAR BANDAR Kadar Tambang Mestilah Selaras seluruh negara kerana: a. Harga minyak diesel/petrol selaras seluruh negara. b. Kadar Tambang Bas Berhenti-henti selaras seluruh negara. ( Kecuali Rapid KL ) c. Kadar Tarif Elektrik TNB selaras seluruh Negara. d. Harga bahan makanan kawalan ( beras,gula,tepong…) selaras seluruh negara. e. Harga Alat Ganti (Spare-Part) selaras seluruh negara. f. Kadar cukai jalan dan Insuran Bas selaras seluruh negara. g. Gaji Pekerja Kerajaan juga selaras seluruh negara. h. Banyak syarikat telekomunikasi pun mengenakan KADAR RATA ( Flat Rate ) seluruh negara. Segalanya selaras seluruh negara, malah ada kos-kos tertentu yang jauh lebih tinggi di luar bandar berbanding dengan bandar. Oleh itu adalah wajar supaya kadar tambang bas sekolah tiada lagi KAWASAN BANDAR & KAWASAN LUAR BANDAR. Yang perlu ada hanyalah KADAR TAMBANG BAS SEKOLAH SEMENANJUNG MALAYSIA MASALAH 2 3. PENDAPATAN YANG DAPAT DIKUTIP HANYA 10 BULAN DALAM SETAHUN tetapi PERBELANJAAN UNTUK 12 BULAN 3.1 KOS OPERASI SEBUAH BAS SEKOLAH Kos Tahunan: a). Cukai Jalan - RM 2.00 setahun b). Insurance - RM 1800.00 setahun c). Pemeriksaan Puspakom - RM 110.00 setahun d). Lesen Memandu Pemandu - RM 30 x 2 = RM60 setahun ( 2 Orang ) e). Lesen PSV Pemandu - RM 30 x 2 = RM60 setahun ( 2 Orang ) f). Pemeriksaan Kesihatan - RM 30 x 2 = RM60 setahun Pemandu ( 2 Orang ) g). Lesen ( Permit ) - RM 50.00 sebuah - tanpa mengira tempoh h). Daftar perniagaan - RM 30.00 setahun - Jumlah RM 2172.00 setahun Jumlah Kos tahunan di bahagikan kepada Pendapatan 10 bulan setahun * Kos Tetap Tahunan setiap bulan = RM 217.20 sebulan Kos Bulanan: a. Gaji Pemandu - RM 1200.00 b. Minyak Diesel - (74 liter/hari x 22 hari) - (RM1.48/liter) - RM 2409.44 c. Minyak Engin/Filter - RM 180.00 d. Tayar - RM 400.00 e. Penyelenggaraan - RM 400.00 f. Pengurusan Pejabat - RM 900.00 g. Gaji Pengurus - RM 1600.00 h. Lain-lain - RM 200.00 JUMLAH KOS BULANAN = RM 7289.44 Jumlah Kos Sebulan = Kos Tetap Tahunan Setelah Di Bahagi 10 bulan + Kos Bulanan = RM 217.20 + RM 7289.44 = RM7506.64 sebulan KOS SEBENAR SEBULAN = Jumlah kos sebulan + Jumlah Bayaran kepada Pihak Bank/Finance /Kredit 3.2 BAYARAN KEPADA BANK / FINANCE / SYKT. KREDIT Sebuah bas Terpakai 44 tempat duduk berusia 10 tahun. a. Harga Bas - RM 50,000.00 b. Pinjaman - RM 35,000.00 c. Faedah Pinjaman - 10 % setahun = RM 3500.00 setahun d. Tempoh Pinjaman - 3 tahun e. Bayaran bulanan = RM 35,000.00 + ( RM 3500.00 x 3 tahun ) ( 36 bulan ) 36 bulan = RM 45,500.00 36 bulan = RM 1263.88 /bulan f. * Bayaran bulanan setahun di bahagi 10 bulan = RM 1263.88 x 12 bulan 10 bulan = RM 15, 166.66 10 bulan Ansuran Bulanan kepada Sykt. Kewangan = RM 1,516.66 sebulan KOS SEBENAR SEBULAN = RM7506.64 sebulan + RM1,516.66 sebulan = RM 9023.30 sebulan 1.3 PENDAPATAN SEBUAH BAS SEKOLAH Pendapatan Bas Sekolah hanya boleh dikira 10 bulan kerana Hanya seminggu hari persekolahan pada setiap bulan November dan Ramai murid yang tidak Hadir kesekolah kerana tidak ada sebarang aktiviti berfaedah yang dijalankan kerana peperiksaan akhir tahun telah dijalankan pada akhir bulan Oktober. Sementara pada bulan Disember tiada hari persekolahan wajib , maka tiada perkhidmatan Bas dijalankan maka tiada bayaran di kenakan. Walaubagaimanapun kos operasi tetap 12 bulan. Kadar Tambang 1 hb. Ogos 2009 = RM27.43 @ 1 km pertama/sebahagian RM2.02 @ setiap km berikutnya/sebahagian Contoh Pendapatan sebuah bas sekolah: a. Bas - 44 tempat duduk / 66 murid-murid b. Jarak dari rumah ke sekolah pergi + balik = 10km = RM27.43 + ( RM 2.02 x 9 km ) = RM27.43 + RM 18.18 = RM 45.61 seorang c. Trip -- Pagi - 1 trip x 66 murid = 66 orang murid -- Petang - 2 trip x 44 murid = 88 orang murid Jumlah Murid = 154 orang murid d. Jumlah Pendapatan = 154 orang murid x RM 45.61 seorang = RM 7023.94 sebulan Pendapatan Bersih = Jumlan Pendapatan - Kos Sebenar sebulan = RM 7023.94 - RM 9023.30 Pendapatan Bersih = - RM 1999.36 Dengan mempunyai 154 orang murid pun pihak pengusaha bas telah mengalami kerugian setiap bulan sebanyak RM 1999.36 Kebenaran Mendapatlkan LESEN PERUBAHAN SEMENTARA ( LPS ) dapat mengurangkan kerugian ini dan ada kalanya dapat memberikan sedikit keuntungan kepada PENGUSAHA PENGUSAHA BAS SEKOLAH yang memiliki BAS BERHAWA DINGIN. Manakala Pengusaha Bas Sekolah yang tidak berhawa dingin (biasanya bas bersaiz kecil) dapat TADIKA , TUISYEN , SEKOLAH AGAMA DAN UNTUK PROGRAM SEKOLAH sepertti Pertandingan Sukan, kuiz, bahas dan Pasukan Beruniform. Kebanyakkan bas sekolah dipandu oleh pemiliknya sendiri oleh itu gaji pengurus boleh di abaikan dan itulah yang menyebabkan bas sekolah berkenaan masih boleh beroperasi lagi. MASALAH 3 TERUS BEROPERASI WALAUPUN RUGI DARI SEGI PERAKAUNAN 4. MASA BERKERJA Bagi Sekolah Harian + Sekolah Agama/ KAFA & TADIKA Jadual kerja harian jam bekerja a. 5.30 pagi hingga 9 pagi - 3 jam 30 minit b. 10.45 pagi hingga 3 petang - 4 jam 15 minit c. 5.00 petang hingga 8 malam - 3 jam 0 minit Jumlah jam bekerja = 10 jam 45 minit MASALAH 4 MASA BEKERJA LEBIH 10 JAM SEHARI MASALAH 5 5. VAN SEKOLAH HARAM DAN KERETA SAPU. Masalah ini adalah masalah tradisi yang tidak pernah selesai. Perkhidmatan Haram merupakan duri dalam daging kerana tiada Peguatkuasaan di buat oleh pihak Berkuasa. Berbagai lapuran dan aduan di buat, tetapi tiada tindakan terhadap Pengusaha HARAM terbabit. Van haram boleh dilihat dimana-mana Sekolah seperti yang dipaparkan oleh EDISI SIASAT NTV7 pada bulan JANUARI 2005 LAGI. Namun begitu masih tiada juga tindakan dibuat terhadap perkara tersebut. Perkhidmatan ini makin berleluasa kerana sekatan jalan oleh pihak PENGUATKUASA pun tidak mengambil tindakan terhadap mereka. TERBARU : BULETIN UTAMA TV3 - 13HB. MAC 2011 Masalah yang menjadi api dalam sekam bagi perkhidmatan Bas Sekolah di Malaysia KITA HANYA PERLU BERADA DI HADAPAN MANA-MANA SEKOLAH DAN KITA AKAN DAPAT MELIHAT BERPULUH-PULUH VAN SEKOLAH HARAM MELINTAS DIHADAPAN KITA DENGAN SELAMBANYA. Kegiatan ini telah menyebabkan para pengusaha bas sekolah kehilangan pendapat melebihi 40%. RAMAI PENGUSAHA BAS SEKOLAH YANG TELAH “TUTUP KEDAI “ KERANA VAN SAPU INI MELEBIHI DARIPADA BILANGAN BAS SEKOLAH DI SEMUA SEKOLAH. TERKINI : RAMAI DARIPADA PEMANDU VAN SAPU INI TERDIRI DARI PENDATANG INDONESIA DAN JUGA MEREKA YANG MEMILIKI PR ( PENDUDUK TETAP ). KERANA HAMPIR 30% - 50 % PELAJAR DI SEKOLAH HARIAN DI LEMBAH KELANG ADALAH ANAK-ANAK PENDATANG INDONESIA, KEMBOJA, MYANMAR MALAHAN THAILAND Adakah perlu lapuran/aduan setiap hari baru penguatkuasaan dibuat. 6. Tambang Bulan November & Disember Masalah kutipan bayaran Bulan November bermula pada tahun 2000 kerana hampir tiada bayaran diperolehi oleh pengusaha bas sekolah. Berikut adalah jadual cuti akhir tahun: Bil Tahun Cuti Akhir Tahun Bermula 1. 1998 19 hb. November 1998 2. 1999 19hb. November 1999 3. 2000 10hb. November 2000 4. 2001 8hb. November 2001 5. 2002 8hb. November 2002 6. 2003 8hb. November 2003 7. 2004 11hb. November 2004 8. 2005 12hb. November 2005 9. 2006 12hb. November 2006 10. 2007 17hb. November 2007 11. 2008 15hb. November 2008 12. 2009 17hb. November 2009 13. 2010 19hb. November 2010 14. 2011 19hb. November 2011 15. 2012 10hb. November 2012 Masalah kutipan bayaran November mungkin boleh diatasi dengan kutipan Deposit pada Awal Tahun. Pihak Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia pernah meminta agar yuran bulan Disember di bayar secara purata bagi 11 bulan persekolahan. Kaedah pembayaran ini dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa di tanggung oleh ibubapa. Sekiranya para pengusaha bas sekolah tidak dibenarkan membuat kutipan bayaran bulan Disember bagaimana para pengusaha ini dapat membayar gaji Pemandu serta Pinjaman dari pihak bank / syarikat kewangan serta bagi menampung kehidupan pengusaha itu sendiri. 7. BAS SEKOLAH DI” KAMBINGHITAM” KAN 7.1 Kesukaran mendapatkan Insuran bagi Bas Sekolah kesan kemalangan Pada BAS EKSPRES Bukit Gantang a. Semua Bas Sekolah yang berusia lebih 15 tahun sukar mendapatkan Insuran untuk LPS dan Syarikat Insuran KURNIA menghentikan terus pemberian POLISI INSURAN UNTUK BAS SEKOLAH b. Semua kenderaan yang gagal pemeriksaan brek 3 kali berturut oleh PUSPAKOM di GANTUNG LESEN SELAMA SEBULAN. DOKUMEN KEMDERAAN DI SITA OLEH PUSPAKOM KEPADA JPJ Sedangkan kenderaan yang gagal pemeriksaan PUSPAKOM tidak boleh BEROPERASI dan hanya dibenarkan untuk perjalanan ke WORKSHOP dan ke PUSPAKOM/JPJ selagi Cukai Jalan dan Insuran masih belum tamat tempoh. Arahan INI telah menyebabkan ada pihak-pihak me MANIPULASI KEADAAN untuk tidak meluluskan Pemeriksaan Brek dengan harapan pemilik kenderaan akan MEMBERIKAN IMBUHAN bagi MELULUSKAN PEMERIKSAAN BREK PADA KALI KE -3 pemeriksaan. ARAHAN KABINET INI TELAH MEMBUKA RUANG YANG BESAR UNTUK RASUAH. ARAHAN KABINET INI SEBENARNYA TIDAK PERLU. NOTA : 1. SETIAP KENDERAAN PERDAGANGAN YANG GAGAL DALAM PEMERIKSAAN PUSPAKOM TIDAK BOLEH MENJALANKAN OPERASINYA SAMADA PERKHIDMATAN AWAM ATAUPUN BARANGAN SEHINGGA LULUS DALAM PEMERIKSAAN ULANGAN BERIKUTNYA. 2. SETIAP KENDERAAN PERDAGANGAN YANG GAGAL DALAM PEMERIKSAAN PUSPAKOM HANYA BOLEH BERGERAK UNTUK TUJUAN BAIKPULIH DI BENGKEL DAN UNTUK KE PUSPAKOM BAGI TUJUAN PEMERIKSAAN ULANGAN DENGAN SYARAT CUKAI JALAN BELUM TAMAT TEMPOH. 3. SEKIRANYA CUKAIJALAN TELAH TAMAT TEMPOH, SURAT PERJALANAN OLEH PIHAK JPJ MESTILAH DI POHON DENGAN MENGEMUKAKAN SALINAN INSURAN KENDERAAN BERKENAAN YANG MASIH BERKUATKUASA. 7.2 Ekoran Kejadian Cabul dan Culik SISWI UKM dekat Plaza TOL UKM Arahan Kabinet tahun 2005 supaya ketelusan cahaya mestilah lebih 70 % pada semua cermin bas baru mulai tahun 2006. Kenapa HAMPIR SEMUA bas SANI EKSPRES menggunakan cermin gelap 100% walaupun dibuat selepas tahun 2007. Arahan diberikan kepada PUSPAKOM supaya menggagalkan PEMERIKSAAN kepada SEMUA BAS YANG mempunyai ketelusan cermin kurang 70% kecuali mereka yang diberikan kebenaran “KHAS” OLEH JPJ. ADAKAH UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA ADA DUA KATEGORI: - SATU UNDANG-UNDANG UNTUK ORANG KAYA / VIP - SATU UNDANG-UNDANG UNTUK ORANG MISKIN. KALAU CERMIN BAS PERLU TELUS , DIMANA KETELUSAN KERAJAAN DALAM ISU CERMIN GELAP. Kami Pengusaha Bas Sekolah membeli bas bekas bas Ekspres/ Persiaran kalau kami terpaksa menukar Semua Cermin Bas Kami yang menjangkau RM8000 sebuah bas. Sedangkan Bas-bas berkenaan menepati syarat ketelusan cahaya dibawah akta JPJ : - 70% - Cermin Depan dan - 50% - Cermin Tepi Kami menyeru pihak Menteri Kabinet supaya cermin kereta mereka mempunyai ketelusan cahaya yang sama dengan ketelusan cahaya untuk bas. Ini barulah dinamakan 1 MALAYSIA. Bukannya Rakyat DiDahulukan Untuk Di Tekan dan dianaya. 7.3 Akibat murid jatuh dari Pintu Kecemasan Bas Persiaran di Selekoh Dekat Cyberjaya Arahan supaya semua Bas Sekolah diperiksa dengan lebih ketat oleh PUSPAKOM Pintu Kecemasan Tidak Boleh di Kunci Samada dari dalam atau Luar semasa bas bergerak. 7.4 Ekoran Kejadian Rogol Murid Sekolah Dalan Van Sekolah (Sapu) Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat dan juga Timbalan Menteri Pelajaran menggesa diwajibkan Konduktor Bas dan Pemandu Kedua yang terdiri dari kalangan wanita. Persoalannya a. dimanakah rasionalnya gesaan ini kerana semua kejadian tersebut berlaku dalam van sapu ( persendirian ) yang tidak ada kena-mengena dengan perlaksanaan konduktor bas. Mereka adalah kenderaan persendirian . Tiada kaitan dengan akta LPKP. b. Pengusaha Bas Sekolah tidak mampu membayar gaji konduktor kerana pendapatan mereka selepas bekerja lebih 10 jam sehari hanyalah cukupmakan saja. Mungkin gaji mereka di bayar Oleh Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat dan juga Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi. c. Siapakah rakyat Malaysia yang sanggup bekerja lebih 10 jam sehari dengan pendapatan yang rendah dan terpaksa berdiri didalam bas menghadapi kerenah beratus-ratus murid. d. Sekiranya diwajibkan semula konduktor bas sekolah maka sekiranya konduktor gagal hadir bekerja , pemandu tidak mahu bekerja kerana tidak mahu disaman oleh pihak Penguatkuasa yang akhirnya murid-murid gagal hadir ke sekolah yang mungkin membahaya keselamatan murid-murid ini samada sudah ditinggalkan dihadapan rumah oleh ibubapa dengan harapan Bas Sekolah akan menghantar mereka pergi ke sekolah. Sekiranya konduktor gagal hadir waktu balik sekolah, akibatnya mereka terbiar dihadapan sekolah yang lebih membahayakan keselamatan mereka. e. Dengan lebih 17,000 bas sekolah di Semenanjung Malaysia berapa banyak kes rogol dan cabul dalam bas sekolah dalam tempoh 10 tahun ? Berapa banyak kes rogol dan cabul oleh Muhrim dalam rumah? Apa Tindakannya? Berapa banyak kes rogol dan cabul dalam sekolah? Apa Tindakannya? f. Kalau pemandu bas sekolah di kata berkemungkinan melakukan rogol dan cabul dalam bas sekolah apakah nasib konduktor Wanita yang bakal bekerja berdua-duaan dengan pemandu bas sekolah? g. Sekiranya ANDA adalah ISTERI kepada Pemandu Bas Sekolah , apakah ANDA akan membenarkan SUAMI ANDA bekerja berdua-duaan dengan KONDUKTOR WANITA.? Sekiranya Pemandu Bas Sekolah berkenaan tidak dapat bekerja kerana Isterinya Cemburu akhirnya Bas Sekolah tersebut tidak dapat beroperasi dan murid-murid tak ke sekolah. Kami Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah yang berlesen dan sah amat kesal dan terhina apabila kejadian yang berlaku tempoh hari di ulas oleh pihak-pihak yang berkuasa tanpa usul periksa terlebih dahulu. Kami menggesa pihak yang berkuasa memeriksa dulu fakta kes sebelum membuat sebarang ulasan. Jangan terperangkap oleh pihak media yang Cuma mensensasikan sesuatu ISU untuk mendapat jualan dan “rating” yang tinggi. Kami berpendapat bahawa perlaksanaan konduktor meliputi semua jenis bas termasuk RAPID KL hanya akan menggugat kelancaran perkhidmatan yang sediaada dan besar kemungkinan pengguna yang akan mengalami kesulitan akibat bas tak dapat beroperasi kerana tiada konduktor. Kami menyanjung tinggi tindakan pihak LEMBAGA PERLESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP) sebelum ini yang menyiasat terlebih dahulu fakta kes sebelum membuat ULASAN. Malah pihak LPKP turut menyarankan kepada ibubapa supaya menggunakan Perkhidmatan Bas Sekolah yang berlesen dan sah bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka pergi dan balik sekolah. Terima kasih. PENUTUP Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memohon supaya semua pihak tidak membandingkan kami dengan Syarikat Bas GLC. Ini kerana Syarikat seperti RAPID KL & MARA LINER mendapat BAS BARU SECARA PERCUMA daripada Kerajaan. Selain suntikan pusingan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) Mereka hanya perlu Menguruskan saja syarikat dan pekerja. Ini tidak boleh disamakan dengan PENGUSAHA BAS yang mencari MODAL sendiri serta membuat PINJAMAN BANK untuk Beroperasi. Pihak Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia pernah mencadangkan Bas-Bas milik RAPID KL & MARA LINER yang sudah berusia 5 tahun dijual kepada PENGUSAHA BAS SEKOLAH pada HARGA SUBSIDI supaya PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH DAPAT DINAIK TARAFKAN. Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT ( SPAD ) yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dan cemerlang kepada kami serta ahli-ahli kami di seluruh negara. Adalah menjadi harapan kami kerjasama yang erat selama ini akan dapat di teruskan malah dipertingkatkan lagi bagi menjamin kepentingan Umum terjaga. BERKHIDMAT UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH CEMERLANG SALAM 1 MALAYSIA

No comments:

Post a Comment