SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Sunday 16 September 2012


PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/ 2014

Permohonan bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) online bagi sesi 2013/ 2014 dibuka mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012. Sebelum membuat permohonan, calon digalakkan membaca panduan dan syarat kelayakan minimum terlebih dahulu.

Permohonan matrikulasi 2013/2014

Syarat Kelayakan Minimum Masuk Matrikulasi
a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Fizik
  • Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan

Cara Membuat Permohonan Online
1. Pelajar haruslah membeli nombor pin matrikulasi di Bank BSN yang terdekat.

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

No comments:

Post a Comment