SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Tuesday 24 September 2013

ANGKARA TAYAR BAS TERCABUT


Georgetown: Angkara tayar belakang tercabut, seorang pemandu bas sekolah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh penunggang motosikal menyebabkannya maut dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Tan Kay Heng, 53, maut di tempat kejadian apabila terperosok di bawah kereta yang turut dirempuh bas berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari kelas tambahan tidak sempat mengelak sebelum dirempuh dengan kuat oleh bas sekolah itu sebelum motosikalnya diseret.
Menurut sumber, ketika itu, mangsa dalam perjalanan dari Balik Pulau menghala ke Ayer Itam dan dikatakan mahu menjemput anaknya pulang dari kelas tambahan.

“Bagaimanapun, ketika di lokasi kejadian, sebuah bas yang membawa kira-kira 10 murid sebuah sekolah di Paya Terubong hilang kawalan ketika berada berhampiran lampu isyarat.

“Tayar belakang bas berkenaan tercabut menyebabkan pemandunya tidak dapat mengawal sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
“Mangsa terperosok di bawah sebuah kereta yang diletakkan di tempat parkir berhampiran,” katanya.

Difahamkan, pemandu bas sekolah terbabit dan 10 murid hanya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati seorang wanita dipercayai isteri mangsa hanya mampu menangis sebelum ditenangkan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/19

No comments:

Post a Comment