SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG ZAMIRA TRAVEL&TOURS SDN BHD... TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KAMI

WKE8410

Saturday 28 September 2013

Skim Pinjaman Mudah Bas Sekolah 1 Malaysia Untuk Pengusaha Bas Sekolah


Bas sekolah yang disediakan menerusi “Skim Pinjaman Mudah Sewa Beli Bas Sekolah 1 Malaysia” 
PETALING JAYA: Kerajaan telah meluluskan “Skim Pinjaman Mudah Sewa Beli Bas Sekolah 1 Malaysia” yang diperkenalkan khusus bagi pengusaha bas sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusi DMS Dynamic Sdn.Bhd, Datuk Mohd Sani Mohd Nor berkata kerjaan turut memberi bantuan rebat RM 10,000.

"Rebat tunai RM 10,000 akan digunakan sebagai wang pendahuluan bagi
pembelian bas sekolah baru.

"Selain rebat, kerjaan juga memberi subsidi kerajaan dengan kadar faedah 2 peratus adalah ke atas pinjaman penuh dan mereka hanya perlu membayar kadar faedah 2 peratus sahaja.

Melalui skim itu, syarikat bumiputera DMS Dynamic Sdn. Bhd dengan kerjasama Cherry Outomobile (Malaysia) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan skim itu.

Selain mendapat sijil pengiktirafan dan kelulusan reka bentuk yang selamat dari United Nation (UN), bas sekolah yang diberi nama "Model Transcom" yang disediakan juga mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

"Walau bagaimana pun, skim ini hanya untuk pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang berusia 25 tahun ke atas sahaja.

Jelasnya lagi, model yang dikeluarkan adalah sesuai dengan ciri-ciri keselamatan, Keselesaan dan harga yang berpatutan iaitu harga mampu milik dibawah harga RM100 ribu.

"Skim pinjaman ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tempoh permohonan selama 2 tahun bermula April 2013. katanya selepas menandatangani Perjanjian Usahasama bersama Pengerusi Cherry Automobile (Malaysia) Sdn.Bhd, General (B) Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed di sini pagi tadi.

Perjanjian itu turut disaksikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD. 

Friday 27 September 2013

Tindakan tegas jika gagal tukar bas sekolah berusia lebih 30 tahun - SPAD

KUALA LUMPUR: Mulai Januari 2015, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengusaha bas sekolah jika gagal menukar kenderaan mereka yang telah berusia 30 tahun dan ke atas kepada yang baharu, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tempoh dua tahun yang diberi kepada semua pengusaha bas sekolah terbabit untuk menukar kenderaan mereka akan berakhir hujung tahun depan dan SPAD tidak akan melanjutkan semula tempoh berkenaan.
"Jika mereka (pengusaha bas) ingkar untuk ikut peraturan yang kita tetapkan, SPAD akan dakwa mereka di mahkamah, tarik balik lesen supaya mereka tidak boleh lagi beroperasi secara sah.

"Undang-undang membenarkan SPAD membuat peraturan serta prosedur dan kami boleh ambil tindakan jika ia gagal dipatuhi kerana soal keselamatan penumpang terutama kanak-kanak amat penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Syed Hamid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara DMS Dynamic Sdn Bhd dan Chery Automobile (M) Sdn Bhd untuk Projek Bas Sekolah 1Malaysia.

Syed Hamid berkata sehingga kini terdapat 17,000 buah bas sekolah di seluruh negara berdaftar dengan SPAD dan daripada jumlah itu 2,000 buah bas sekolah sudah melebihi jangka hayat 30 tahun.

Katanya bagi meringankan beban para pengusaha, kerajaan menyediakan pembiayaan pinjaman sehingga RM250,000 untuk tempoh sembilan tahun bagi membantu mereka menukar bas baharu.

Katanya permohonan untuk mendapatkan pembiayaan itu boleh dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional mulai April lepas dan sehingga kini 130 permohonan telah diterima.

Mengenai saranan pengambilan warga asing sebagai pemandu bas, Syed Hamid berkata cadangan itu tidak wajar kerana boleh menimbulkan masalah sosial di negara ini.

"Saya bimbang sebab segalanya dibuat oleh warga asing. Rakyat Malaysia yang sepatutnya diambil bekerja," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: Ogos 19, 2013 21:55 (MYT)

Perkhidmatan Bas Sekolah: Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna



Rasanya ramai yang terlepas pandang mengenai satu inisiatif yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sangat-sangat bermanfaat terutamanya kepada murid-murid sekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah.


Tahukah anda bahawa suruhanjaya itu telah mewujudkan satu skim yang dinamakan 'Skim Insurans Murid Sekolah SPAD'? Buat yang terlepas pandang, skim tersebut adalah usaha SPAD di dalam melindungi murid sekolah yang menaiki bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun ini lagi.

Skim ini bukanlah sekadar omong kosong..buktinya, pada 4 September lalu SPAD telah menyerahkan pampasan insurans yang ke-4 bagi tahun ini bernilai RM102,500 kepada keluarga mendiang Eddy Wallfired Eleazer Benjasor. 

Untuk rekod, mendiang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sekolah yang bertembung dengan lori tangki simen pada 23 Ogos 2013 di KM49 Jalan Sandakan-Lahad Datu. 

Melalui Skim Insurans Murid Sekolah SPAD, cek kepada keluaraga mendiang itu meliputi RM100,000 bagi pampasan kematian dan RM2,500 bagi pampasan pengebumian. 

Dan nasihat Ketam kepada para ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak mereka agar dapat memastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut berlesen.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

Sember:- en.ketam&rakan

Tuesday 24 September 2013

ANGKARA TAYAR BAS TERCABUT


Georgetown: Angkara tayar belakang tercabut, seorang pemandu bas sekolah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh penunggang motosikal menyebabkannya maut dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Tan Kay Heng, 53, maut di tempat kejadian apabila terperosok di bawah kereta yang turut dirempuh bas berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari kelas tambahan tidak sempat mengelak sebelum dirempuh dengan kuat oleh bas sekolah itu sebelum motosikalnya diseret.
Menurut sumber, ketika itu, mangsa dalam perjalanan dari Balik Pulau menghala ke Ayer Itam dan dikatakan mahu menjemput anaknya pulang dari kelas tambahan.

“Bagaimanapun, ketika di lokasi kejadian, sebuah bas yang membawa kira-kira 10 murid sebuah sekolah di Paya Terubong hilang kawalan ketika berada berhampiran lampu isyarat.

“Tayar belakang bas berkenaan tercabut menyebabkan pemandunya tidak dapat mengawal sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
“Mangsa terperosok di bawah sebuah kereta yang diletakkan di tempat parkir berhampiran,” katanya.

Difahamkan, pemandu bas sekolah terbabit dan 10 murid hanya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati seorang wanita dipercayai isteri mangsa hanya mampu menangis sebelum ditenangkan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/19